Hmmmm asyik asyik citer kelakor.. Asyik asyik komedi dan kebelakangan ni mak banyak hasilkan skrip untuk rancangan masakan dan cerita penyiasatan pula.. Dah berzaman rasanya Mak Dara tak hasilkan skrip bergenre hantu dan seram.. Kalau anda nak tahu Mak ada menulis beberapa skrip drama hantu dan seram antaranya drama bersiri NEK NAK dan SAKA dan banyak lagi..

Drama bersiri 13 episod NEK NAK (musim pertama) ASTRO RIA

Drama bersiri 13 episod NEK NAK (musim kedua) ASTRO RIA

Drama bersiri 13 episod RADIO (musim kedua) -ASTRO RIA
![]()
Memang bermacam macam pengalaman masa mak dara menulis cerita cerita seram ni.. Yang paling tak dapat mak lupakan ialah cerita NEK NAK iaitu sebuah kisah benar yang telah mak adaptasikan menjadi sebuah drama. Semasa sesi penulisan skrip itu mak didatangi "pelawat tak diundang" iaitu "watak sebenar" yg mak ambil kisahnya itu dan sejak kejadian tu terus mak berhenti dari menulis cerita seram..
Salah satu lagi pengalaman yang mak tak dapat lupa ialah ketika mak menulis skrip drama SAKA. Mak buat research dan telah ke Thailand dan bertemu dengan pembela SAKA itu sendiri. Mak siap interview dia macam mana dia boleh bela saka, cara dia kasi makan saka tu, cara dia jaga saka tu.. Ingat lagi masa orang siam tu nak tunjukkan mak dan somi saka yg dibelanya tu.. Walaweiii meremang bulu tengkuk dibuatnya . Mak dan somi menolak dengan cara baik dan minta supaya dia berjanji bahawa sakanya tidak "muncul" atau mengganggu kami selama kami berada di rumahnya sehingga habis kami interview dan pulang dari rumahnya..

Drama bersiri 13 episod SAKA -ASTRO RIA
trailer drama bersiri SAKA
Haaa jangan ingat kerja sebagai penulis skrip ni mudah... Mak bukan jenis penulis yang pakai hantam aje apa yang nak ditulis.. Mak dah diajar oleh cikgu dan guru penulisan mak termasuk somi mak sendiri walau apa pun yang nak dijadikan skrip harus lah ada research.. research.. research.. Hmmm tetiba mood untuk menulis cerita seram kembali.. dan kali ni mak nak tulis mengenai "QORIN".. hmmmmm akan kah terlaksana.. In Sya Allah...