Quantcast
Channel: Bicara Mak Dara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 924

JUMAAT TERAKHIR....

$
0
0
As salam duhai teman.. Hari ini merupakan Jumaat terakhir di Bulan Syaaban . Bulan Syaaban bakal melabuhkan tirainya sebelum membuka tirai buat  bulan Ramadhan.. Adakah anda semua dah bersedia untuk menempuh bulan yang mulia ini dan menunaikan salah satu rukun islam yakni Berpuasa di bulan Ramadhan ? Pastinya semua pun telah bersedia kan.. 

Bagi Mak Dara sekeluarga , Ramadhan kali ini pastinya berbeza.. Kerana pertama kali dalam hidup ini akan menempuh bulan puasa tanpa arwah abah yang telah meninggalkan kami 9 bulan yang lalu.. Memang menjadi rutin buat kami adik beradik untuk berbuka puasa yang pertama bersama arwah.. Biar adik yang bujang ataupun yang telah berumahtangga semua pasti akan cuba berbuka puasa bersama sama di hari pertama di rumah arwah abah.  Tak dapat bayangkan bagaimana nanti berbuka puasa hari pertama tanpanya.. Apatah lagi untuk membayangkan suasana Hari raya nanti tanpanya..Namun kami redha dan harus kuatkan semangat demi Ibu ... Insyaa Allah...

Salam Jumaat dan Selamat berpuasa buat semua teman teman semoga Ramadhan kali ini membawa lebih ketenangan dan kebahagian buat anda semua amin..



Viewing all articles
Browse latest Browse all 924