Hmmm sejak kebelakangan ni kecoh bebenor tentang kes tudung tu kan.. Rata rata memberikan pendapat mereka masing masing.. Apa pendapat mak dara? Hmmm rasanya Mak dara tak boleh berikan sebarang pendapat kerana Mak dara tak pernah pun lagi membeli tudung berjenama yang hebat itu..
Tapi bagi Mak Dara waima tudung mahal atau tudung murah itu tak penting.. Yang penting adakah tudung itu dapat menutup aurat dengan BETUL.. Haaaaa itu yang penting.... Ni mak nak tanya sesuatu... setiap kali kita bertemu sesiapa sahaja di mana mana majlis sekalipun adakah orang akan menegur dan bertanya berapakah harga tudung awak ni? Awak pakai tudung jenama apa? Ada tak? Tapi yang sudah sudah pasti akan ditanya ialah.. Sihat ke? Anak dah berapa sekarang? betul tak.. so harga tidak langsung dipersoalkan..
Macam yang mak pakai di majlis majlis penting yang lepas.. Cuba teka berapakah harga tudung yang mak dara kenakan???
Macam yang mak pakai di majlis majlis penting yang lepas.. Cuba teka berapakah harga tudung yang mak dara kenakan???
Md di sbb2013 sambil mengenakan
tudung 10 ringgit
Mak dara di sbb2014 mengenakan tudung 15 ringgit
Mak dara di Festival Filem Malaysia
mengenakan tudung lima belas hengget
Syukur alhamdullilah tidak ada seorang pun yang bertemu mak dara bertanyakan jenama atau harga tudung mak sepanjang semua majlis itu berlangsung.. Get my point?
Tapi tolongggggg jangan salah faham dengan entry Mak dara ni.. bukanlah bermakna salah untuk membeli tudung yang mahal yang sudah tentu bagus kualitinya tu.. Mak Dara juga memiliki beberapa tudung yang berjenama untuk dipakai di majlis majlis formal. Tapi apa yang mak nak tekankan di sini ialah.... Walau tudung yang kita pakai itu mahal atau murah, berjenama atau tidak apa yang kita harus titik beratkan setiap kali untuk membeli tudung baru kita semua haruslah menitik beratkan tentang aurat... itu saja nasihat mak dara.. bukanlah bermakna mak dara ni bagosss sangat macam dah terorrrrr sangatlah bab bab aurat ni.. Ya mak pun masih mendalami ilmu agama seperti jua semua orang.. namun rasanya tak salah saling mengingatikan hehe.. Jangan maraaa arrr nanti kena jual hehe..
Jadi antara Tudung 10 Ringgit VS Tudung Ratusan Ringgit yang mana satu pilihan anda? Hmmm bak kata orang tepuk dada tanya selera...