Assalam duhai teman.. Haaa apa kena dengan mak ni tup tup nak cari Datin pulak kan? Kenapa tak cari Dato saja betol tak? Opss karang ada jugak periuk belanga yang terbang melayang layang nanti hehe.. Kisahnya begini.. Baru baru ini Mak Dara bersama somi Mak Martias Ali baru sahaja selesai menulis sebuah skrip drama bertajuk MENCARI DATIN . Drama ini merupakan hasil karya skrip Mak Dara yang ke 70. Cerita ni cerita komedi.. Haaa memang peberet genre Mak Dara untuk menulis cerita yang lawak lawak ni. Bila dah dapat genre yang kita suka dan minat apalagi... Mak dara dapat habis menulis skrip drama ini dalam masa 17 jam sahaja non stop!!! Haaa ini antara record terbaru Mak dara sejak menulis selama 18 tahun ni hehe.. Selalunya kalau menulis sesuatu skrip drama ambil masa sekurang kurangnya 5 hari ke 2 minggu atau lebih.. Entah le kali ni boleh pulak buat tak sampai satu hari hehe.. Pengarah dan penerbit bagi drama ini ialah TS JEFFRY tau...
Dan drama tu dah pun siap shooting dan akan ditayangkan pada MALAM INI!!!
Jom saksikan Telemovie Komedi bertajuk " MENCARI DATIN" pada 14/4/2014 pada jam 8.30 malam di TV9.....antara barisan pelakon-pelakon terkenal :- ROPI CECUPAK, IFA RAZIAH, ZARA ZYA, LANA NORDIN, RAMONA ZAMZAM, DAYANA ROZA, ACONG SWEETCHILD, serta dibintangi pelakon kanak-kanak : MUNTAZAR GHUFRAN serta ramai lagi......JANGAN LUPA TONTON YER!!!!........