Assalam duhai teman.. Maafkanlah Mak Dara yang agak lama tidak mengupdate blog ini dek kerana agak sibuk menjaga somi Mak Dara yng tidak sihat itu.. Ini pun Mak Dara baru saja pulang dari Hospital Ampang dari menemani somi Mak Dara yang menepati temujanjinya dengan doktor untuk entah dah keberapa kali.. Ya dalam dua bulan ini somi mak asyik keluar masuk dari klinik swasta ke klinik kerajaan ke hospital kerajaan sahaja.. Masyaallah berat benar dugaan buat somi mak kali ini.. Namun kami redha dan terus berusaha untuk mendapatkan rawatan untuknya..
Setelah bertemu doktor meminta supaya somi Mak Dara menjalani ujian darah. Tapi jururawat yang mengambil darah somi mak dara ni macam baru saja bekerja. Puas ditarik dan dicucuk berkali kali jarum suntikan bagi mendapatkan darah namun gagal. Last last dia meminta untuk mengambil darah di tangan sebelah kanan pula.. Fuhh boleh tahan sakit juga kata somi kepada Mak.. Setelah mengambil darah somi mak diminta untuk menjalani ujian X-Ray pula.
Sekejap rupanya untuk membuat X-Ray tu ya.. Ingatkan kena ambil masa yang lama.. Belum sampai berapa minit somi mak dara masuk tup tup dah pun siap.. Namun keputusan ujian dan gambar X-Ray akan diberikan kepada doktor dahulu dan seterusnya somi mak dara diminta ke wad bahagian Endoskopik pula..
Di sana somi Mak Dara diberikan tarikh temujanji untuk menjalankan sesi endoskopik pada 30hb April depan.. Doktor meminta somi mak dara menjalani prosedur ini kerana doktor mensyaki terdapat sesuatu pada bahagian dalam perut somi mak namun untuk memastikannya sesi itu harus dilakukan secepat mungkin..
Masyaallah naik getaq lutut mak dara mendengarnya.. Benda apa yang doktor syak dalam perut somi mak dara itu.. Kata doktor mungkin juga tiada apa apa namun to be sure and to be safe kena check juga ini kerana family history somi Mak Dara.. Ooo baru mak dara faham , doktor mengambil langkah berjaga jaga kerana keluarga somi mak dara iaitu arwah ayah somi mak adalah pengidap kanser usus.. Maka on that matter and on that strong history mereka harus melakukan pemeriksaan yang lebih teliti..
Mudah mudahan somi mak dara tidak menghidapi apa apa yang serius . Berdebar menanti hujung bulan ini . Semoga doktor dapat memberikan keputusan yang positif dan semoga somi mak sembuh dengan segera insyaallah .. Dengan izin Allah swt. Bertabahlah wahai suamiku.. Kita akan hadapi dugaan ini bersama.. Jutaan terima kasih kepada semua teman teman yang turut sama mendoakan akan kesihatan somi mak ya.. Hanya tuhan sahaja dapat membalasnya..