As salam duhai teman.. Kini rata rata semua umat Islam sudah mengetahui dan menyedari kenapa kita tidak dibenarkan untuk menyambut hari April Fool ni kan.. Pada yang tidak tahu menahu akan hal ini. Mungkin anda akan mendapat penerangan yang lebih terang daripada pihak JAKIM sendiri di laman portal Jakim di entry nya bertajuk Fatwa Dan Hukum Menyambut ‘April Fool’s Day’ @ http://www.e-fatwa.gov.my/artikel/fatwa-dan-hukum-menyambut-april-fool-s-day
Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab:
- Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
- Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
- Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
- Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.
Berdasarkan fatwa-fatwa di dalam laman portal itu, kita mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.Maka dengan itu marilah kita bersama sama..
KATAKAN TIDAK
PADA APRIL FOOL
April fool