Bila mata mula mencari bantal. Tibalah masanya untuk tutup handphone. Selagi tak tutup benda tu selagi tu la otak asyik teringat macam macam nak ditulis dan dibaca di kaca screen tu. Mulalah nanti tangan mula gatal meraba mencari dan scroll menscroll pun bakal berjalan tanpa henti. Habih bila nak tidoq kan? Maka sebelum nak off tiba tiba mata gatal lihat notification yang tertera.. Adehhh kalau tak baca mau tak tenang lena haha. Maka buka lah jua . Ada macam macam jenis message yang masuk dan tiba tiba satu mata terpaku melihat satu gambar yang dihantar di whatsapp..

gambar credit whatsapp user dan google
Sekali baca mungkin korang akan rasa lucu jugak iklan ni kan. Tapi bila dua tiga kali baca .. korang rasa tak apa yang mak dara rasa.. Hmmmmm memang le tak salah nak beriklan. Kreatif memang kreatif la.. Pasti kalau yang lalu lalang akan terhenti dan pasti akan baca berkali kali. Mau terteleng kepala macam mamat dalam gambar tu. Kira berjayalah iklan tu.. Tapi sayang cuma satuuuuuu sajaaaa..
Kenapa nama JANDA juga yang nak dipetik. Seolah olah status "JANDA" itu membawa satu maksud yang buruk yang menakutkan.. Walaupun Mak Dara seorang Balu dan bukanlah janda tapi Mak mempunyai teman dan saudara yang memegang status ini. Makanya cubit peha belah kanan peha kiri pun terasa juga. Sudah sudahlah nak menjatuhkan status ini. Tak terpikirkah bertapa sukarnya kehidupan wanita yang bergelar janda. Sukar atas kehilangan, sukar untuk meneruskan hidup dan karier , sukar untuk membesarkan keluarga sendirian dan pelbagai lagi kesukaran yang harus dialami mereka yang bergelar JANDA . Maka seharusnya ELAKKAN lah dari terus menggunakan status ini dari dikaitkan dengan segala yang negatif boleh tak? Bersangka baiklah kita sesama manusia tidak mengira status , darjat , bangsa atau agama..
Haaaaa sorrylah entry Mak dara kali ni sedikit emo.. Esok esok mak dara mood happy balik ye...