Quantcast
Channel: Bicara Mak Dara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 924

Salahkah cara aku mendidik anak - entry khas buat Ibu / bapa tunggal

$
0
0
Salahkah cara aku mendidik anak?


Pernah tak soalan seperti ini bermain di minda dan fikiran anda terutamanya kepada para ibu tunggal , bapa tunggal di luar sana. 

Kenapa Mak Dara nak tekankan entry ni kepada ibu atau bapa tunggal sahaja. Ini kerana apabila menanggung tanggungjawab sebagai ibu/bapa tunggal adalah satu tugas yang amat berat dan amat besar. Kita lah ibu kita lah ayah kepada anak anak kita. Dua tugas yang harus ditanggung oleh seorang insan yang telah banyak diduga dan yang telah diuji dengan pelbagai ujian. Nak meneruskan hidup untuk diri sendiri pun sukar bayangkan terpaksa menjaga dan mendidik anak anak seorang diri pula.. Fuhhhh bukan mudah ok.

Mak Dara selalu mendengar luahan dari teman teman ibu tunggal dan balu meluahkan bertapa mereka risau tentang cara didikan mereka terhadap anak anak mereka. Ini kerana mereka tidak mendapat bantuan dari pasangan. Ada yang terlalu memanjakan anak kerana meraka kasihan pada si anak kerana telah kehilangan ibu/ayah maka mereka akan memenuhi segala atau apa sahaja permintaan anak anak. Ada juga yang mendidik anak anak dengan terlalu tegas. Ini kerana mereka mahu anak mereka menjadi orang yang kuat seperti mereka. 

Ya Mak Dara dapat relate pada kisah kisah mereka. Ini kerana Mak Dara juga sering juga bertanya hal yang sama dalam cara Mak Dara mendidik anak anak mak dara yang yatim kini. Kadang kadang menangis sorang sorang kerana merasa Mak Dara telah gagal mendidik anak anak Mak Dara sebaik yang Mak mahu atau harapkan. Terkadang terfikir kenapalah Allah jemput suami Mak dan bukan mak, mungkin anak anak akan lebih baik dan berjaya jika mereka hidup bersama ayah mereka. SUbhanallah memang kalau tengah stress dan kusut syaitan memang suka menanamkan perkara perkara negatif seperti ini dalam minda kita.

Tapi bila Mak Dara fikirkan balik. TIADA seorang ibu atau ayah pun yang mahu melihat anaknya gagal dalam hidup. TIADA seorang ibu atau ayahnya yang mahu mendidik anak anak dengan cara yang salah. Walaupun cara didikan kita tidak complete kerana kita tanpa pasangan namun Mak Dara percaya kita semua pasti akan mendidik anak anak kita untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat. Betul tak? 

Jadi jangan terlalu membuatkan diri anda stress dengan menganggap anda ibu atau bapa yang gagal dalam mendidik anak anak. Anda telah lakukan yang terbaik .Allah swt telah memilih anda untuk memikul tanggungjawab yang berat ini, Allah telah memilih anda untuk mendidik anak anak istimewa ini. Jika anda telah dipilih oleh Allah swt maka ketahuilah bahawa segala apa yang telah ditakdirkan oleh Allah adalah untuk kebaikkan. Maka teruslah mendidik anak anak sebaik mungkin dan sedaya upaya anda. Maka mak mahu anda semua .. ibu atau bapa tunggal di luar sana untuk tepuk bahu anda masing masing kerana anda telah melakukan tugas yang AMAT BAGUS dalam mendidik anak anak sendirian. You guys has done a very GOOD JOB!!!! Ins Syaa Allah.. Dengan izin Allah swt.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 924