Quantcast
Channel: Bicara Mak Dara
Viewing all 924 articles
Browse latest View live

Aku Blogger dan Hasrul Hassan

$
0
0
As Salam kepada semua rakan rakan.. Malam ni Mak Dara terpanggil untuk menjoinkan diri dalam segmen oleh sifu Mak Dara iaitu blogger hebat Hasrul Hassan dalam satu segmen / giveaway pendek Aku Blogger dan Hasrul Hassan . 

Hadiah ditawarkan ialah wang tunai  RM50 untuk dua pemenang - satu dipilih secara rawak, dan satu lagi dipilih berdasarkan entri yang memikat hati beliau. 


Mak Dara dan Sifu HH di SBB2014

Mengenai Hasrul Hassan bagi Mak Dara.. Mak dara mengenali beliau dari mula mula mak dara terjebak dalam dunia blog ini lagi.. Dan mak dara mengenali beliau semasa beliau menggunakan nick name BANGKU KOSONG lagi.. Sejak itu Hasrul Hassan atau mak panggilnya sifu telah banyak menolong Mak Dara sejak dari mula pembukaan blog meroyan Mak ni.. Kalau nak tahu nama untuk blog ni pun Mak dara minta pendapat dari beliau. HH tak pernah lokek dengan ilmu dan banyak membantu Mak dara dan blogger blogger yang lain.. Haaa jadi sapa ada masalah dengan blog boleh le tanya pada beliau ye.. eh pandai pandai pulak mak jangan marahh ye sifu nanti kena jual hehehe..  

Hmm rasanya nama Hasrul Hassan banyak kali telah dimasukkan dan dipetik di beberapa entry di blog meroyan Mak Dara ni antaranya ialah di entry...

*Blogger lucah di block
*Random Giveaway RM50 Tunai oleh HASRULHASSAN.COM.
*Pencuri Gambar Mak dara Dah Melampau
*Maal Hijrah 1434H Dan Impianku
*Tips Untuk Menjadikan Blog Lebih Menarik
*Hasrul Hassan Jelajah Dan Gegar Blog 2012
*Hasrul Hassan. Com Kejayaan Manis Blog saya
*Ziarah Raya Blog
*Mak Dara bertukar RSS bersama Blogger Bangku Kosong
*Bangku Kosong Buat Mak Dara Terharu

    Haaa tu sebahagian sajalah entry yang memetik nama Sifu Hasrul Hassan ni.. Banyak lagi kalau nak senaraikan hehehe.. Beberapa entry itu adalah berkaitan dengan masalah yang Mak Dara alami di blog mak dara dan dibantu oleh sifu HH dengan tip tip beliau yang sangat bernas.. Perghhh mau tersedak sifu tiap kali namanya disebut di setiap entry tu kan hehe.. 


    Apa tunggu lagi moh le join.. 



     Tuah ayam nampak di kaki tuah kita mungkin di pipi hehehe. 
    Untuk menyertai GA oleh sifu saya ni sila klik di SINI ya :) 


    English Tuition Gangster - Parodi Filem KL GANGSTER 2

    $
    0
    0
    Adoiii Tolong!!! tolonglah!!! Adoiiii!!.. Memang parah!!! Macam nak pecah perut Mak dara pepagi ni bila menoton sebuah video yang telah dialih suara ke Bahasa Inggeris oleh JoHaRa Pagi ERA. Video ini merupakan sebuah video parodi filem KL GANGSTER 2.  Adoiii memang meroyan tahap dewa Johan , Ray dan Haniff ni!!!

    Sila la klik untuk tengok video meraban ni! RUGIIIIIIIII kalau tak tengok hahahaha!

     

    Haa dah tengok.. Adoiiii muka ganasss tak hengat tapi bergaduh sebab nak pegi tuisyen aje.. hahaha.. Haaa..  Cuba check tali pusat anda masih berada dalam posisi yang sama atau dah beralih ke belakang badan haha.. Memang gilaaa best kannn..

    Ray memegang watak utama dalam parodi alih suara ini dan dibantu oleh Johan dan Haniff. Cayalahhhhh Datuk Yusuf Haslam dan Syamsul Yusuf kerana beri kebenaran kepada ERA fm untuk menggunakan klip video "KL Gangster 2" ini. Memang sporting habis!! Untuk Johan , Ray dan Haniff teruskan meroyan di Era ya.. Thorbaek...



    HAJI ROCK

    $
    0
    0
    Syukur alhamdullilah akhirnya Mak dara berjaya juga siapkan sebuah skrip drama bertajuk HAJI ROCK untuk syarikat JD PRODUCTION milik Kak Julie Dahlan


    Skrip ini merupakan skrip Mak Dara yang ke 71 sepanjang Mak menceburkan diri di bidang penulisan skrip sejak tahun 1996. Dikhabarkan yang akan menjadi hero untuk drama ini ialah seorang penyanyi yang tengah hangat dengan lagu "PENCURI/Katak" Mark Adam wowww awesome.. 


    Drama ini mengisahkan Afi seorang remaja yang juga merupakan seorang penyanyi sebuah band Rock menghadapi dilema apabila ibunya mahu menunaikan wasiat akhir ayahnya supaya beliau mengerjakan Haji bersama ibunya. Namun tarikh untuk dia dan ibunya mengerjakan haji adalah sama dengan tarikh pertandingan Batle Of The Rockers. Apakah kesudahannya.. Haaa itu kena tunggu drama ni siap nanti lah ye..

    Penggambaran akan berlangsung tak lama saja lagi insyaallah.. All the best buat team JD Production ya. Fuhhhh tak sabar untuk melihat drama ini siap dan ditayangkan di kaca TV.. Exited!!!

    Pertemuan Dengan 2 Patung Presiden Amerika

    $
    0
    0
    Hmmm pejam celik pejam celik dah hampir dua tahun berlalu di mana Mak Dara bertemu dengan 2 patung President Amerika iaitu patung President Bush dan patung President Barack Obama

    di belakang terdapat patung obama, MD dan patung Bush

    Haaa Mak Dara bertemu dengan patung je ye bukan dengan diorang betul betul. Perghhhhh gila ngko nak jumpa diorang betul betul.. Jangan nak mimpi la kan.. Btw patung lilin ini terdapat di muzium lilin / wax museum MADAME TUSSAUD'S HONG KONG! Mak Dara ke sana 2 tahun lalu sempena ulang tahun perkahwinan Mak Dara ke 14 tahun yang lalu hehe

    Bila kecoh di time line FB tentang ketibaan OBAMA ke Malaysia . Teringat Mak Dara tentang patung lilin mereka yang mak lihat di Madame Tussauds tu..



    Mak Dara ada juga mendekati patung Barack Obama namun diorang tak kasi snap gambor guna kamera sendiri tapi menawarkan untuk mengambil gambar menggunakan kamera dari pihak muziem sendiri. Jadi Mak Dara pun posing je la.. Tapi masa time untuk pick up gambar tu.. Harganya makkkk aiii punya la mahal jadi Mak Dara lupakan sajalah niat untuk mendapatkan gambar mak dara posing bersama patung Obama tu huhuhu.. Jadilah ada pic kat atas yang terselit gambar Obama tu.. 

    Tapi walau apapun kedua dua patung Obama , Bush dan semua patung lilin yang berada di Madame Tussauds tu sebijik macam reallll.. Memang terrorlah siapa yang membuat patung patung itu semua! Apa apapun diucapkan selamat datang kepada President Barack Obama ke Malaysia.. Semoga dengan kehadirannya ke sini dapat memberi manfaat untuk kita semua.. Wallahhualam..

    D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY

    $
    0
    0
    INI ADALAH STICKY POST. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK 
    KE ENTRY TERBARU DARI MAK DARA YA =)

    Assalam duhai teman.. Pernah dengar tentang senaman Zumba? Zumba merupakan gabungan tarian, senaman aerobik dalam bentuk tarian hiphop, soca, samba, salsa, merengue, mambo dan juga tarian Bollywood serta gelek. Senaman ini telah terbukti memberi kebaikan kepada kesihatan organ kardiovaskular, menurunkan berat badan, melegakan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri.

    Ok di sini Mak dara nak war warkan pada anda tentang satu event bertemakan senaman ZUMBA iaitu event D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY. Event ini bakal mengumpulkan seramai 200 peserta yang meminati senaman ZUMBA. Acara ini adalah anjuran adik Mak dara sendiri iaitu ADZA TUTY dari D'ADZA FITNESS (M) SDN BHD) .


    Detail mengenai D'ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY

    Tarikh : 11TH MAY 2014 
    Masa   : 11.00am – 3.00pm
    Lokasi : Dewan serbaguna cempaka, ampang jaya



    ATURCARA MAJLIS

    * 11:00am : Pendaftaran peserta /Registration
    * 11.45am : Bacaan doa 
    * 12.00Pm : ZUMBA KIDS oleh ZIN ELLA (RM10 only for 7-11yrs kids) 
    * 12.30pm : Persembahan oleh artis ALFIE ALWI(TIGA)
    * 12.45pm : Cabutan bertuah / lucky draw
    * 1.00 pm  : ZUMBA FITNESS oleh ZIN D'ADZA RINA juga menampilkan tetamu   khas penyanyi itu daripada ahli-ahli D'ADZA BAND  ☆Tuty d'adza band ☆Shazroul d'adza band ☆E-one d'adza band

    1.45pm   : Cabutan bertuah / lucky draw
    * 2.00 pm  : ZUMBA GOLD oleh ZIN JLO 
    * 2.30pm   : permainan/ games dan sesi fotografi bersama semua peserta, para  zin, crews dan tetamu VIP termasuk Blogger jemputan.


    HARGA TIKET

    Peserta : Dibuka kepada orang awam/ orang ramai
    Pre-Register : RM40.00
    Register at the Door : RM50.00

    Bayaran boleh dibuat melalui bank in ke acc seperti dibawah:
    ●Adza tutyrianti bt adenan
    ●0142335336
    ●Cimb bank 14760001625205 
    ●Maybank ( 112259114990 )
    ●dadzafitness@yahoo.com 
    (sila hantarkan slip bayaran/bank in)

    Pada yang ada business dan mahu berniaga di event ni kami ada menyediakan tapak perniagaan untuk anda. RM 50 untuk satu tapak jualan.
    Contact Adza Tuty at 0142335336 untuk RSVP!!!!

    { Buah tangan untuk para peserta}
    - 200 pax goodies bag : free mineral + tidbits+ goodies 

    {Hadiah Cabutan Bertuah }
    *hampers 
    *barangan elektrik

    *1 buah Telefon Bimbit Lenovo
    *1 pakej penginapan TM RESORT PD 2 hari 1 malam 

    *1 pakej penginapan TM RESORT FRASER HILL 
    2 hari 1 malam 

    Haaa memang padat acara D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY ni kan.. Dah hadiah cabutan bertuahnya pun hebat kannnn.. Jadi jomlah sertai D ADZA EXTRAVAGANZA ZUMBA PARTY!!! untuk keterangan lanjut boleh hubungi:

    (ADZA TUTYRIANTI)
    0142335336
    call/sms/whatsapp

    (DZULLIDAIN RAZALI
    010-434 7810
    call/sms/whatsapp
    FB PAGE 


    D'ADZA FITNESS Social Media
    ●D ADZA FITNESS INSTAGRAM http://i.instagram.com/dadzafitness/
    ●D ADZA FITNESS FB FANPAGEhttps://m.facebook.com/dadzafitness/
    ●D ADZA FITNESS BLOGhttp://dadzafitness.blogspot.com/


    JOM ZUMBA!!!!!!!!!!!

    Shayla, Tiada Lagi Halangan. Serlahkan Keyakinan Anda

    $
    0
    0

    Rambut adalah mahkota paling berharga bagi seorang wanita. Memiliki rambut yang cantik adalah idaman setiap wanita, begitu juga dengan Mak Dara. Mak dara teringin memiliki rambut persis model model shampoo di TV tu yang sentiasa terurus.. sentiasa beralun cantik walau mengharungi pelbagai situasi seperti panas, lembab.. hujan mahupun angin bergelora namun rambut mereka tetap cantikkk dan maintain aje.. Tapi itu dalam iklan.. Namun hakikatnya kita di Malaysia mempunyai cuaca yang panas dan lembab . Bagi yang bertudung memang susah nak menjaga rambut terutama jika terpaksa bertudung seharian bukan...

    Bagi wanita yang bertudung macam kita ni, memang sukar untuk mencari shampoo yang KHAS untuk wanita bertudung kan? Tapi janganlah pula itu menjadi alasan untuk kita tidak menjaga rambut kita betul tak?  Sebagai wanita kita harus menitik beratkan tentang kecantikkan luaran dan juga dalaman. Menyedari akan perkara ini maka jenama terkemuka Malaysia, SAFI telah mengeluarkan rangkaian produk shampoo terbarunya iaitu SAFI SHAYLA khas buat wanita bertudung.


    Keistimewaan Safi Shayla terletak pada formulasinya yang memanfaatkan kebaikan 'habbatus sauda'.Habbatus sauda adalah sejenis bijian yang amat penting di dalam bidang perubatan sehinggakan ianya disebut dalam sebuah hadith nabi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud.

    "Tetaplah kamu dengan habbatus Sauda ini kerana di dalamnya
    terdapat ubat bagi segala penyakit kecuali mati".

    Rasulullah S.A.W telah mendedahkan kehebatan Habbatus Sauda lebih dari 1400 tahun yang lalu dan kini kajian-kajian saintifik membenarkan kata-kata nya. Di dalam habbatus Sauda terdapat lebih dari 100 jenis bahan-bahan aktif yang sangat berguna untuk kesihatan tubuh badan manusia terutama bahan-bahan yang boleh membuang penyakit. 
    Selain dari 'habbatus sauda' , Safi Shayla juga terdiri dari multi-vitamin, ZPT, Nano Lipid Enhancer dan protein. Memahami keperluan rambut muslimah di bawah cuaca panas dan lembap, kandungan utama Safi Shayla itu mampu mengurangkan kegatalan, menjamin keselesaan serta menghalang rambut dari berbau dan masalah-masalah yang sering membelenggu wanita bertudung. 

    6 produk shampoo dan Perapi Safi Shayla

    Jadi Mak Dara telah mencuba keempat empat shampoo Safi Shayla bersama perapi Safi Shayla ini dan hasilnya MENAKJUBKAN..

    Safi Shayla - KAWALAN RAMBUT GUGUR

    Mak Dara memang menghadapi masalah rambut gugur sejak dari melahirkan anak Mak Dara yang sulung lagi. Setiap kali Mak Dara sikat rambut pasti banyak rambut rambut Mak yang gugur. Bukan itu sahaja di bilik air selalu tersumbat oleh kerana banyak rambut mak yang gugur tanpa mak sedari. Namun setelah menggunakan Safi Shayla - Kawalan Rambut Gugur yang diperkaya dengan protein, rambut mak dara tidak lagi gugur sebanyak dulu.. Alhamdullilah. Safi Shayla - Kawalan Rambut Gugur dapat mengawal 80% rambut dari gugur dan menguatkan rambut dari gugur.

    Safi Shayla - LICIN TERURUS

    Seterusnya Mak Dara mencuba shampoo Safi Shayla Licin Terurus yang diperkaya dengan Multivitamin.. Ohhh perasaan lepas menggunakan shampoo ini memang priceless kerana baunya yang sangat sangat wangi. Rambut menjadi licin dan senang diuruskan.. Oleh kerana rambut mak dara amat amat amat tebal memang selalu tersekat ajelah tiap kali Mak menyikat rambut namun setelah menggunakan Safi Shayla Licin Terurus..  memang lembut saja bila disikat..

    Safi Shayla -  SEGAR BERMAYA

    Mak Dara juga telah mencuba shampoo Safi Shayla - Segar Bermaya yang diperkuat dengan Nano Lipid Enhancer. Tatkala menggunakan shampoo ini kepala mak dara rasa sangat sangat segar. Fuhhhh memang freshhhhh .. Shampoo Shayla Segar dan Bermaya memang dapat membuatkan rambut segar beralun. Dengan wangiannya yang dapat bertahan sehingga berhari hari selepas digunakan..

    Safi Shayla - ANTI KELEMUMUR

    Masalah wanita yang bertudung yang utama ialah kelemumur. Termasuklah dengan Mak Dara. Ini kerana terpaksa bertudung dalam cuaca yang tidak menentu . Kadang kadang lembab.. Kadang kadang panas .. Tambahan pulak setiap kali lepas mandi terpaksa keluar dan memakai tudung walaupun rambut masih basah. Ini yang membuatkan kelumumur berleluasa di kepala. Jadi dalam banyak banyak shampoo oleh Safi, Shampoo anti kelumumur dengan ZPT ini membuatkan mak dara tak sabar untuk mencubanya.. Dan alhamdullilah setelah menggunakan shampoo ini kelumumur di kepalaMak dara dah kurang banyakkkk.. Ohh tak sabar nak pakai selalu dan menyahkan terus kelumumur ini dari kepala Mak Dara buat selama lamanya.
    PERAPI RAMBUT – SAFI SHAYLA 

    dengan 2x ganda manfaat Habbatus Sauda serta Multivitamin untuk setiap jenis rambut dan haruman kekal sehingga 48 jam berdasarkan ujian makmal.

    PENYEGAR KULIT KEPALA

    Melengkapkan pupur rambut khusus untuk wanita bertudung) – SAFI SHAYLA diperkaya dengan 5x ganda manfaat Habbatus Sauda dan Mentol yang bertindak memberikan kesegaran kepada kulit kepala agar nutrisi rambut mendapat manfaat tersedia dan memberikan keyakinan serta rasa nyaman dingin dengan haruman yang kekal sehingga 48 jam berdasarkan ujian makmal walaupun seharian bertudung melewati agenda harian yang padat atau cuaca yang terik atau lembap.

    Dengan menggunakan shampoo Safi Shayla ni mak dara tidak lagi menghadapi masalah rambut. Ini membuatkan Mak dara bertambah yakin dan confident untuk menjalankan aktiviti harian Mak Dara. Safi Shayla boleh didapati di TESCO, GIANT, MYDIN, FARMASY dan kedai kedai runcit berdekatan anda.

    Terkini mengenai Safi.. Mak Dara baru saja tahu mengenai satu contest yang dijalankan oleh SAFI iaitu Jelita Bersama Safi Shayla

    Syarat Syarat Peraduan
    1. Para peserta dikehendaki follow instagram Safi Shayla
    2. Para peserta berkongsi gambar mereka yang mengenakan pakaian yang sepadan dengan personaliti syampu Safi di Instagram dan hashtag #jelitabersamasafishayla, #safishayla dan #safimalaysia dan @adzairdawati dan @ safimalaysia 
    3. You all mesti public-kan Instagram account supaya Mak Dara boleh nampak your post
    4. Pemenang hadiah utama akan mendapat peluang untuk menikmati sesi make over bersama blogger. Selepas itu, pemenang dapat membawa pulang pakaian yang ditaja. 
    5. Pemenang akan menghadiri sesi make over bersama semua blogger lain dan pemenang masing-masing. Semasa sesi itu, pemenang akan akan mengadakan sesi photoshoot mudah untuk blogger untuk mengambil gambar dengan pemenang mereka sebagai kenang kenangan
    6. Peraduan berakhir pada 31 May 2014
    Haaa jangan tunggu lagi. Jom kita sertai contest ini beramai ramai.. Besttt tu kalau menang dan dapat buat sesi make over lepas tu dapat baju yang ditaja. Untuk maklumat lanjut mengenai SAFI Shayla sila ke  www.safi.com.myfacebook.com/SAFI.MY dan laman Instagram @safimalaysia. 

    Ingat follow Instagram Mak Dara @adzairdawati untuk sertai contest ni!

    AWAS Pemandu Teksi HWD 2760 PENIPU!!

    $
    0
    0

    astaghfirullahalazim dan tawakal yang tidak putus Itu saja yang mampu Mak Dara lakukan apabila telah ditipu oleh seorang PEMANDU TEKSI INDONESIA yang membawa teksi no plate HWD 2760 beberapa hari yang lalu. Oleh kerana aktiviti yang terlalu padat hanya hari ini mampu mak dara kongsikan dengan anda. Perkongsian ini bukan untuk menagih simpati atau apa cuma mahu anda berhati hati dengan pemandu teksi ini itu sahaja! Pasti anda nak tahu apa yang telah dilakukan olehnya pada Mak Dara? 

    Mak dan anak mahu pulang ke rumah kami. Dari dari Berjaya Times Square kerana menghadiri satu event dan nak balik ke AU5D lembah Keramat. Kami telah menaiki sebuah teksi no plate HWD 2760 yg dipandu oleh seorang warga Indonesia.

    Jalan yang dibawanya ialah seperti berikut:

    1. jalan ke bulatan Kg pandan,
    2.then lalu Maluri.
    3. then lalu Pandan Jaya
    4. then lalu depan Tesco Ampang,
    5.Then masuk kiri masuk ke arah KL semula
    6. then baru jalan ikut Jelatek..
    7.Then depan tasik yg ada permainan tu dia nak masuk kanan utk mengahala ke Jusco AU2 that is totally a wrong way.. Sebab dia sepatutnya terus melalui jalan ke wangsa walk.

    Mak Dara suruh dia berhenti di tepi jalan then bayar and turun dari teksi tu. Yup dia bawa kami pusing jalan yg jauh.. masyaallah... Di bawah mak dara kongsikan video yang mak dara rakamkan semasa berada dalam teksi itu.




    Syukur alhamdullilah anak teruna Mak dara turut sama berada bersama Mak Dara kalau mak dara sorang diri entah ke mana dia akan bawa mak dara Masyaallah.. Mak Dara kemudian menahan sebuah teksi yang lain lalu beliau menghantar Mak dan anak sampai ke rumah. alhamdullilah..

    Sesampai sahaja Mak Dara ke rumah, Mak dara terus menghubungi SURUHANJAYA PENGANGKUTAN AWAM DARAT(SPAD) di talian telefon Pegawai itu mengambil laporan dan keterangan Mak Dara dan Mak Dara kemudian menghantar aduan melalui email juga sepertti yg diminta oleh pegawai berkenaan.

    email Mak Dara kepada SPAD


    email balasan dari pihak SPAD

    email dari pihak SPAD 

    email Mak dara kepada SPAD

    Hmmm pening juga kepala Mak Dara dibuatnya. Sudahla ditipu oleh pemandu teksi indon tu, dah buat panggilan aduan kepada pegawai bertugas dan dah email semua butir melalui email. Now diorang minta nama pegawai bertugas pulak.. OMG mana lah Mak dara ingat nama pegawai yang mengangkat panggilan dan menerima aduan Mak dara tempoh hari. Im still in shock kot time tu.. Takkan tak ada cara atau sistem yang boleh mencari siapakah pegawai yg bertugas ketika itu atau nombor aduan ke.. Mak harap aduan Mak dara diterima dan jangan dibuang begitu sahaja ini kerana semua detail mengenai pemandu teksi dah diberi cuma nama pegawai yang bertugas aje yang terlupa laporan tak diterima pulak kan.. 

    Tapi tertanya tanya juga bagaimana seorang pemandu warga INDONESIA boleh dapat lesen memandu teksi di Malaysia ni kan.. Tak apalah.. Yang penting semoga pihak SPAD dapat mengambil tindakan terhadap pemandu teksi ini.. Kepada anda yang kurang arif bab bab jalan ni kalau nak naik teksi tu biarlah berteman dan teman tu tahu jalan, diorang ni cari akal je nak penipu penumpang.. Tak semua pemandu teksi begitu.. Arwah pakcik Mak dara sendiri adalah seorang guru pencen kemudian menjadi pemandu teksi. Cuma sayangnya kerana nila setitik habis susu sebelanga kan..


    Jemputan VIP Acara Zumba Khas Buat Blogger!!!

    $
    0
    0
    Assalam duhai teman.. Pernah dengar tentang senaman Zumba? Zumba merupakan gabungan tarian, senaman aerobik dalam bentuk tarian hiphop, soca, samba, salsa, merengue, mambo dan juga tarian Bollywood serta gelek. Senaman ini telah terbukti memberi kebaikan kepada kesihatan organ kardiovaskular, menurunkan berat badan, melegakan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri. Dan adik Mak Dara iaitu Adza Tuty bersama syarikat miliknya D'ADZA FITNESS (M) SDN BHD, bakal mengadakan sebuah acara Zumba iaitu D'ADZA ZUMBA PARTY pada 11hb Mei depan di Dewan Cempaka Ampang.. Tak lama saja lagi kan.. Haaa ada tak antara blogger blogger sekalian yang nak join acara ni? Ok moh Mak dara berikan detail event ini untuk anda ya..

    Tarikh : 11TH MAY 2014 
    Masa   : 11.00am – 3.00pm
    Lokasi : Dewan serbaguna cempaka, ampang jaya



    Di acara ini Adik Mak Dara telah menyediakan hadiah hadiah hebat untuk sesi cabutan bertuah. Nak tengok hadiah hadiahnya?

    {Hadiah Cabutan Bertuah }
    *hampers 
    *barangan elektrik

    *1 buah Telefon Bimbit Lenovo
    *1 pakej penginapan TM RESORT PD 2 hari 1 malam 

    *1 pakej penginapan TM RESORT FRASER HILL 
    2 hari 1 malam 

     
    ADza Tuty bersama Telefon Bimbit Lenovo
    utk cabutan bertuah :) 

    2 vouchers TM RESORTS PD (SERI INTAN RESORT) 

    Amacam?Haaa memang padat acara D ADZA ZUMBA PARTY ni kan.. Dah hadiah cabutan bertuahnya pun hebat kannnn.. Ok sebenarnya Mak Dara dah pun menjemput 10 orang teman blogger Mak Dara seperti Cik Lily Putih , Yana Yassin Neyra Shazeyra , Zulie ietaNami Namia Deq Noor Shafawati , Hanny Abdullah , Ema Ery , I zzati Hazrul dan Syahril A. Kadir . 

    Dan kini Mak Dara mencari lagi 10 orang blogger sahaja untuk menjadi tetamu VIP untuk acara D'ADZA ZUMBA PARTY ini. Ada yang nak menyertai dan menjadi tetamu VIP kami? Kalau ada yang sudi sila PM Mak Dara laju laju di FB Mak Dara @ https://www.facebook.com/adzairdawati untuk tahu cara cara untuk menyertai program senaman sihat ini ok.. Jom BERZUMBA bersama sama!!!!  


    D'ADZA FITNESS Social Media
    ●D ADZA FITNESS INSTAGRAM http://i.instagram.com/dadzafitness/
    ●D ADZA FITNESS FB FANPAGEhttps://m.facebook.com/dadzafitness/
    ●D ADZA FITNESS BLOGhttp://dadzafitness.blogspot.com/


    JOM ZUMBA!!!!!!!!!!!



    Tudung Ala Isabella

    Dato Aziz Satar Meninggal Dunia

    $
    0
    0

    Innalillahhiwainallilahirojiun.. terkejut benar Mak Dara apabila mengetahui tentang pemergian seniman negara kita iaitu Dato Aziz Satar pada pukul 2 pagi tadi. Difahamkan bahawa arwah telah meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang.

    Salam takziah buat keluarga allahyarham Dato Aziz satar yg telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.. kita telah kehilangan seorang seniman yg amat amat disayangi.. masih teringat lagi pertama kali bertemu dengan arwah di set lokasi drama bertajuk KERANA RAMLI yg skripnya ditulis oleh saya dan suami.. he is sooooo humble and so nice.. semoga Allah swt menempatkannya dikalangan org org yg beriman .. Al fatihah...

    WALL'S SCOOPS OF HAPPINESS - Kisah Dongeng Di Setiap Scoop!

    $
    0
    0
    Assalam duhai teman.. Beberapa hari yang lalu Mak Dara telah menghadiri acara Wall's Scoops Of Happiness di MAD ABOUT COCO di Publika yang dianjurkan oleh  WALL’S  .  Acara  yang berlangsung  dimulakan dengan  kata kata  aluan dan ucapan oleh Encik Shawn Tan yang mengumumkan tentang sebuah contest oleh Wall’s  ‘Taste  Joy  in  Disneyland  with  Wall’s’ yang menawarkan  percutian sekeluarga ke DISNEYLAND PARIS sebagai hadiah utama. Yup Disneyland Paris uols!!! Klik di link ini www.wallsindisneyland.comlaju lajuuu untuk menyertai contest hebat ini. Acara kemudian diteruskan workshop oleh Samantha Lee.

    Samantha Lee sedang memberikan penerangan mengenai 
    aiskrim walls dan cara untuk mengubahnya
    Rekaan oleh Samantha Lee 
    Chinese Warior dari Wall’s Selectioon Strawberry Cheesecake
    Dan Pirate Of The Carebeen dari Wall’s Selection Oreo

    Samantha Lee mulakan dengan menunjuk bagaimana untuk menghias aiskrim wall’s selection dengan berkisahkan tentang kisah dongeng . Oh sungguh kreatif sekali. Resepi dan bahan bahan yang digunakan adalah seperti buah buahan, gula gula ,biskut dan juga bahan utama iaitu aiskrim wall’s selection! Dan selepas itu semua hadirin  diminta  untuk  mengadakan  kumpulan masing masing  dan  mula  mereka hidangan kreatif bersama aiskrim Wall's Selection.

    Mak Dara dan Adik Mak Adza Nasya sedang mencipta
    hidangan kreatif kami dengan aiskri wall's

    Taraaa dah siapp.. Kisah dongeng love story gitew hehe

    Berada dalam Workshop oleh Samantha Lee itu membuatkan Mak Dara tak sabar untuk mencubanya bersama anak anak Mak Dara di rumah . Anak anak mak dara memang  sukaaaaa  makan  aiskrim  dan  mereka  juga  amat kreatif.  Apa  agaknya bentuk bentuk yang akan dihasilkan oleh mereka menggunakan aiskrim walls  ini agaknya  kan..  Pastinya  akan  bercirikan kartun  hehe..  Pastinya  aktiviti  ini  dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kami tambahan lagi ketika cuti sekolah. 

    Mak Dara juga asyik memikirkan tentang contest  ‘Taste Joy in Disneyland withWall’s’ yang dkatakan oleh encik Shawn itu disepanjang acara berlangsung haha!! Disneyland Paris merupakan antara percutian anak anak Mak Dara dan pastinya idaman setiap anak anak anda juga, jadi mari kita rebut peluang ini bersama dan lihat bagaimana untuk menyertainya!!

    www.youtube.com/ScoopsofHappiness


    ‘Taste Joy in Disneyland with Wall’s’ adalah sebuah kempen pihak WALL's di Facebook. Ia merupakan sebuah contest yang memberi  peluang kepada peminat aiskrim wall's untuk mencipta hidangan kreatif aiskrim mereka sendiri. 

    #LANGKAH PERTAMA – Peserta  harus  ke  website www.wallsindisneyland.com untuk menonton 15 resepi video WALL SCOOPS OF HAPPINESSS

    #LANGKAH KEDUA - selepas menonton ke semua 15 buah video itu, anda boleh mencipta ciptaan resepi aiskrim anda sendiri menggunakan aiskrim Wall's dan kemudian jangan lupa snap gambar rekaan kreatif anda itu!

    #LANGKAH KETIGA - Langkah terakhir ialah anda perlu menghantar gambar anda itu dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan untuk ke Legoland dan hadiah utama lawatan keluarga ke Disneyland, Paris!!!! 

    Pada setiap minggu Pihak Walls akan memilih pemenang berdasarkan undian yang tertinggi di mana pemenang akan memenangi percutian ke LEGOLAND. 7 pemenang mingguan akan dimasukkan ke peringkat akhir dan para hakim akan memilih seorang dari tujuh peserta akhir untuk menjadi pemenang hadiah utama dan akan menerima hadiah percutian ke DISNEYLAND Paris!!!! Fuhhhhh hadiah yang sangat sangat lumayan! Pertandingan ini bermula dari 9 Mei - 27 jun . untuk kerangan lanjut andaboleh layari website mereka di https://www.facebook.com/wallsmalaysia 


    Jad jangan tunggu lagi jom ramai ramai kita menyertai pertandingan ini!!!!!

    Suami Ku Di Hospital Tawakal

    $
    0
    0

    As salam duhai teman.. pada kala anda membaca entry ini mak dara berada di sisi suami mak dara yg sakit. Rasanya rata rata telah mengetahui akan kesihatan somi mak yg sakit sejak dari bulan januari yang lalu kan.. setelah lebih 10 doktor kami temui kemudian disusuli dengan perubatan islam namun tiada siapa pun dapat merungkai apakah penyakit yg dialami oleh somi mak dara ini..

    Namun pada petang tadi keadaan somi mak dara semakin lemah.. dia kini telah turun berat badan hampir 10 kg.. dan pada petang itu juga kakak somi mak dan  abang ipar mak membawa somi mak untuk dirawat di Hospital Tawakal KL. Dan doktor mensyaki somi mak dara mengalami demam malaria atau hepatitis B yang memberi kesan kepada hatinya.. dan kini somi mak terus dimasukkan ke wad. Segala ujian termasuk ultra sound dan juga ct scan akan dilakukan pada esok pagi.. masyaallah beratnya dugaan mu ini Ya Allah.. namun ku pasti ada hikmah disebaliknya...

    Doakan semoga somi mak cepatvsembuh ya.. insyaa allah xengan izin Allah swt...

    Kepada sayangku Martias.. tabahlah menghadapi ujian ini.. sakit juga penghapus dosa dosa insyaallah ada hikmahnya yang.. please be strong...

    Kepada kak yati dan abang ayie.. terima kasih yg tidak terhingga.. tiada kata dapat diucapkan... hanya tuhan dapat membalas jasa kalian berdua..

    WW : Be Strong Sayang....

    12 hari berlalu

    $
    0
    0

    Hari ini masuk hari ke 12 somi mak dara dimasukkan ke hospital.. dan selama itu juga mak dara menemaninya.. perghhh sejuk benor aircond di ward ni.. terutamanya di waktu malam.. menusuk ke tulang.. sulap silap esok pagi mak dah jadi beku macam eskrem malaysia tu hehe..

    Mengenai tahap kesihatan somi mak.. insyaallah.. mak tak putus putus berdoa kepada Allah swt agar menyembuhkan penyakitnya secepat mungkin.

    Kata doktor somi mungkin akan lebih lama berada di hospital.. tak mengapa tak kisah berapa lama pun masa diambil kami akan turuti .. asalkan somi mak mendapat rawatan yang sepatutnya..

    Bosan duduk di sini? Tak jugak la boleh juga teman somi sembang sembang.. dia tengok muka cheq.. cheq tengok muka dia.. macam orang bercinta kekdahnya..

    Namun kehadiran  teman teman membuatkan somi mak gembira dan terhibur la sikit. Semalam teman temannya seperti Abang Zulkifli M Osman dan pengarah hebat Abang Murali , pelakon Zurina dan juga producer Encik Baha ada datang melawat. Banyak kata kata semangat diberikan oleh mereka. Mereka memang sangat sangat baik dan sangat prihatin..

    Terima kasih semua yang datang melawat dan pada yang mendoakan akan kesihatan somi mak ya.. mak sangat sangat menghargainya...

    Thomas Cup Di Ward 5D Hospital Ampang

    $
    0
    0

    Mungkin pada tika dan saat ini semua sedang asyik menyaksikan perlawanan badminton piala Thomas. Ada yang dok menonton di depan tv, di kedai kedai mamak yang menayangkan big skrin .. Namun bagi mak dara dan somi mak.. kami menonton Thomas Cup di ward 5D Hospital Ampang..

    fuhhh dah lebih dua minggu mak menemani somi mak yang sakit di hospital.. takpe tak kisah walau dimana pun somi mak ditempatkan di situlah mak akan berada. Tapi malam ni somi mak bersemangat bila menonton perlawanan ni walaupun kami nengok menggunakan handphone aje.. tak kisah le kecik.. yang penting semangat tu yang penting... hmm milik siapakah piala Thomas kali ini ek.. jom sambung layanz nonton...


    Tiada Pelawat Untuk Hari Ini

    $
    0
    0

    Hari ini hari ke 9 somi mak dara di masukkan di Hospital Ampang.. sebelum ini beliau dimasukkan ke Hospital Tawakal selama 6 hari . Jadi jumlah keseluruhan ialah 15 hari. yup.. 15 hari telah berlalu.. mungkin bagi semua 15 hari berlalu dengan pantas namun bagi mak dara dan somi merasakan waktu seakan terhenti. Kami masih menunggu keputusan biopsi oleh pihak hospital. Biopsi yang bakal menyatakan penyakit sebenar yang dihidapi oleh somi mak dara ini..

    Antara banyak banyak hari somi mak dirawat di hospital.. hari ini somi mak merasa paling lemahhh.. jadi atas nasihat doktor beliau tidak dapat menerima pelawat. Mungkin mereka mahu somi mak berehat dengan secukupnya.

    Selama 9 hari berada di sini lebih 100 orang telah datang melawat beliau.. ia terdiri dari sanak saudara, teman teman dan kebanyakkannya dari persatuan persatuan yang disertainya. Jadi buat masa sekarang somi mak harus berehat dahulu sebelum dapat menerima pelawat semula..

    Sebentar tadi somi mak telah dibawa untuk xray di bahagian dadanya.. oleh kerana beliau terlalu lemah dan tak dapat berjalan atau menaiki kerusi roda maka dia harus ditolak dengan katiknya.. masyaallah beratnya dugaan mu ini ya Allah.. namun kami redha... semiha keputusan xray itu baik baik saja....

    Doa doakan agar somi mak beransur pulih ya.. insyaallah.. dengan izin Allah swt..

    WW : Ku Rindu Saat Itu..

    Ujian....

    $
    0
    0

    Nukilan terakhir arwah suamiku.. 4 hari sebelum dijemput Ilahi...

    sayangku Martias...
    Ya... 
    Ujian ini sungguh hebat
    Ujian ini sungguh dasyat
    Kau telah menerima ujianmu
    kini pula giliranku..
    meneruskan ujian hidup
    bersama cahayamata kita

    Pergilah kasih pergilah nyawa
    Tiada lagi kesakitan mu kini
    tiada lagi ujian mu kini
    tinggalkan duniawi
    tinggalkan kami

    kerna aku redha
    kerna aku rela
    menghadapi ujian ini tanpamu
    kerna ku tahu
    aku mencintaimu
    Namun DIA lebih menyayangimu

    Martias Bin Mohd Ali
    05.10.68 - 29.05.14

    Al Fatihah buatmu nyawaku...

    Takziah Di Yahoo Malaysia

    $
    0
    0

    Saya Adza Danial Haiqal anak kepada allahyarham Martias Mohd Ali dan bagi pihak mama dan keluarga kami ucapkan jutaan terima kasih atas ucapan takziah ini.. 

    Al fatihah untuk papa...

    -Eqal-

    Bertabahlah wahai anakku..

    $
    0
    0

    Tiada siapa menyangka tahun lalu merupakan tahun terakhir kami sekeluarga akan menyambut Hari Bapa yang bersama seorang yang bergelar suami dan papa.. 

    Kami sekeluarga amat amat merindui arwah.. namun kami harus redha dengan pemergiannya..

    Bertabahlah duhai anakku Danina.. mama tahu nina rindukan papa.. kalau rindu kita kena sedekahkan lebih banyak doa dan al fatihah buat papa ya sayang..

    Sama sama kita doakan moga papa ditempatkan dikalangan orang orang ya beriman.. Al Fatihah

    Viewing all 924 articles
    Browse latest View live