Quantcast
Channel: Bicara Mak Dara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 924

Mak Dara Menimang Anak Lelaki? Alhamdullilah

$
0
0
Push.....!! Hanya dengan sekali push aje akhirnya Mak Dara telah melahirkan seorang anak.. Seorang bayi lelaki yang sangat sihat.. Syukur.. Hai dalam detik bersalin tu tersentak juga dalam hati ni.. Bila masa aku mengandong?   Rupa rupanya itu semua hanya dalam mimpi mak dara semalam.. Perghhh punyalah reallllll.... Adoiiii dalam banyak banyak mimpi, macam mana lah boleh termimpi bersalin anak lelaki pulak ni.. Hai.. macam kasi klue je nih hahahaha... Kata orang tua tua jika bermimpi mendapat anak lelaki maksudnya akan mendapat rezeki yang baik atau akan mendapat berita baik.
Adza Danial Haiqal anak sulung Mak Dara sewaktu dilahirkan pada 1998

Dalam riwayat Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan ‘alhamdulillah’ dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).

Seronok jugak kan kalau dapat baby boy ni kan.. Mak dara ni hanya ada sorang je anak teruna lagi 3 orang semua princess princess belaka. Tapi tu lah kan.. Kilang dah 6 tahun tutop nak bukak balik tu rasa mcm takkk aje kot.. Tapi kalau dah rezeki terima aje lah heheheh.. Tapi best pulak bila dalam mimpi sakit bersalin cuma 3 minit aje.. tp realiti kompom 13 jam keatas hehehe

Viewing all articles
Browse latest Browse all 924