As salam duhai teman .. Haaa anda ada tak menonton drama yang tengah hangat panasss kebabom meletop sekarang di TV3.. Drama apa lagi kalau bukan drama bersiri TEDUHAN KASIH.. Yang kisah papa Ehsan yang hensome, yang baik hati, lagi budiman dan senyuman senget yang menawan itew.. Opss bini orang tak boleh puji lebih lebih karang tidor luar kang hahaha... Haaa kalau anda menonton drama bersiri ini kira kita satu gang lah.. Bagi yang tak menonton drama ni memang rugiiiii habaq mai.. Rugi wooo tak tengok bila si Nabila dan Zarina Zainuddin aka Kak Long naik angin meroyan hahaha.. Memang drama ni penuh dengan suka duka, benci, cinta , sakit hati dan macam macam lagi..
Haa jangan ingat drama ini diminati oleh kaum kaum ibu dan orang dewasa saja ye.. Kalau nak tahu anak anak mak dara terutamanya si Adza Isabella yang berumur 6 tahun pun peminat tegar drama Teduhan Kasih ini. Tadi masa mak dara dok sibuk di dapur tetiba dengar dia cakap . Hairan juga sebab kakak kakak dia takde di ruang tamu tu. Dia bercakap dengan sapa.. Haaa sudah rasa macam misteri nusantara pun ada time tu hahaha . Bila mak menjenguk ke ruang tamu nak tergelak mak bila nengok anak mak dara sempat bersembang dengan sepupu dia menggunakan aplikasi "FACETIME" sambil bincangkan tentang drama TEDUHAN KASIH ni.. Ishhh budak budak sekarang kan....
Adza Isabella bincang tentang Iffa yang demam adessss budak budak ni..
Haaa perbincangan hangat drama Teduhan Kasih sedang berlangsung.. Inilah Ahli Mesyuarat Tingkap versi budak budak zaman sekarang ni kan hehe... Kalau budak budak pun suka melihat dan mengikuti drama drama ini maknanya penulsi dan para pelakon telah berjaya menjayakan drama itu. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam drama Teduhan Kasih terutama kenalan lama Mak Dara Abang Mufid iaitu penulis skrip drama ini..
Ok tak sabar nak nengok sambungan citer ni minggu depan.. :)