Waduhhhh tanjatttt Mak Dara tau... Bila Mak Dara membuka email Mak Dara sebentar tadi dan terima satu email.... Dan email tu berbunyi begini..
email yang Mak Dara terima
Biar betol..?! Ada pelajar dari (KUIS) nak interview Mak Dara untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan penulisan di Malaysia? Wow i feel so honored! Haaa teruih keluaq bahasa england mak haha.. Tapi bila difikirkan balik.. Biar betul diorang nak interview Mak Dara kerana Mak Dara ni hanyalah seorang penulis yang sangat kerdil berbanding dengan penulis penulis skrip yang bernama besar dan tersohor yang lain.
Tapi jika diorang tak keberatan untuk menemuramah penulis picisan seperti Mak Dara ni, Mak Dara on aje hehe. Doakan agar mak tak meroyan masa interview tu nanti cukup lah hehehe