As salam duhai teman.. Tengah buat apa tu? Kalau tengah tengah free tu moh le menonton sebuah drama komedi yang bertajuk AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN yang sedang ditayangkan di ASTRO PRIMA saluran 105 sekarang!
Skrip drama ini telah ditulis oleh somi Mak Dara Martias Mohd Ali dan mak dara pun ada juga bantu tulis sikit sikit dalam skrip ini hehe. Kalau anda anda semua nak tahu, drama ni rasanya dah diulang tayang di kaca TV lebih dari 6 tahun . Boleh dikatakan kalau tiap kali tibanya aje bulan ramadhan dan bila tiba hari raya pasti drama ini akan diulang tayang dan diulang tayang lagi dan lagi dan lagi.. Kalau di hollywood mau kayo laki mak dapat royalty sebagai penulis ni hehehe..
Oleh kerana rating dan sambutan yang amat memberangsangkan maka ASTRO RIA meminta Martias menyambung cerita ini ke "AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN 2" yang telah ditulis sepenuhnya oleh Martias Ali.
Ok lah... Moh kita nonton drama AIDILFITRI DI BULAN SYAABAN di Astro Prima sekarang yuk!! :)